Friday, June 14, 2013

Hampir dua tahun blog ni tak diusik ..kenapa ya... mungkin banyak kerja.
dalam masa dua tahun ni memacam kejadian dan dugaan yg ditempuhi. 
Tahun lepas dikejutkan dengan berita sahabat kesayangan ku sakit ditahap yg sangat kritikal dan dengan sekejap sahaja telah pergi buat selama lamanya. rindunya masih terasa sehingga kini. mana nak cari teman yg sangat rapat. segala suka duka dikongsi bersama. Kawan memang ramai tetapi yg memahami dan mengerti perasaan amat sukar dicari. 
Damai la kau di sana teman ku tersayang
Awal Tahun ni ditambah lagi dengan pemergian bapa mertua yg sangat disayangi dan disenangi. Semoga berada dikalangan orang yg beriman.
Dan pada 16/4/2013 hanya beberapa saat sahaja tapi aku tak sempat. Orang yang paling aku sayang  didunia ni telah pergi jua meningalkan aku.. beberapa saat je. Tapi aku redha kerana setelah hampir setahun dia terlantar menanggung derita . semoga dia berada digolongan org yang beriman dan berada di samping NYA. sayang EMAK sampai bila bila .. 
Al-Fatihah buat kalian. Sentiasa dalam ingatan. sayang selamanya. 
AMIN.




0 comments: